wahahhaa......ok laa 2.......
rupanya si alip ni gemar wanita mcm diana danielle.......
huhuh.....ok la 2........
Dari www.murai.com.myKUALA LUMPUR, 6 MEI 2008: Selepas tersingkirnya pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6), Mohamad Aliff Mohd Razali, 22, atau
Alif, tertulislah sudah bahawa industri hiburan tanah air ditambah lagi dengan seorang artis yang mempunyai sebutan nama
Alif.
Apa yang pasti, kita lebih mengenali penyanyi comel, Aliff Aziz yang dikenali menerusi lagu Sayang-Sayang. Namun, sebelum Aliff Aziz, ada 2 lagi
Alif yang sudah lebih dulu mewarnai dunia seni tempatan iaitu
Alif OIAM dan
Alif Azfar.
Bagaimanapun, masing-masing mempunyai peminat dan aura tersendiri. Oleh itu, jangan disangka
Alif AF6 tidak boleh mencabar populariti
Alif yang sedia ada. Ia terbukti dengan undian
Alif AF6 yang secara tiba-tiba mendadak naik untuk beberapa minggu sebelum ini. Ini semua gara-gara wajah dan senyuman manisnya yang menggoda peminat AF6 selain faktor
Alif yang pernah menangis dalam diari AF6.
Pun begitu, perjuangan
Alif berakhir selepas beraksi di Istana Budaya (IB) sempena konsert ke-7, baru-baru ini. Apapun,
Alif yang ditemui ketika melawat pejabat murai.com.my mengakui tidak menyangka atas penyingkiran ini. Hakikatnya, anak teruna ini redha dan faham rezekinya hanya setakat ini saja.
"
Alif rasa penyingkiran minggu ini mungkin disebabkan persembahan mingguan
Alif yang agak mendatar. Sesungguhnya, tak terlintas pun difikirkan
Alif terkeluar atas punca dari penyebaran gambar
Alif bersama Tasha di Internet.
"Setakat ini,
Alif puas hati dengan persembahan
Alif sewaktu menyanyikan lagu Kamelia. Malah, ramai juga bersetuju dengan pendapat
Alif ini," ujarnya.
Paling istimewa,
Alif turut berkongsi cerita di mana ramai kawan-kawan di kampung menggelarkannya dengan panggilan '
Alif Karan' di sebabkan ayahnya bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ia menjadi semakin melekat selepas
Alif juga bekerja di tempat yang sama!
Membesar dengan Tom Jones MalaysiaSementara itu,
Alif yang sebelum ini bertugas sebagai Tukang Tingkatan Biasa di TNB Bayan Baru, tidak pernah kecewa dengan keputusan berhenti dari menjawat jawatan tersebut. Malah, beliau tidak berhasrat untuk bekerja semula di TNB kerana sudah membuat notis 24 jam berhenti kerja.
"Sebenarnya,
Alif bekerja di TNB hanya 9 bulan saja.
Alif rasa mungkin
Alif tak akan bekerja di situ semula. Lebih-lebih lagi
Alif sudah terikat dengan Maestro Talent.
"Sebelum AF6,
Alif selalu masuk pertandingan karaoke.
Alif pernah menjuarai pertandingan karaoke dan berduet dengan Mila menerusi lagu My Heart. Waktu itu, Mila dan
Alif nyanyi sempena konsert perkampungan Hotlink tahun lalu di Penang.
"Dalam keluarga
Alif, ada juga yang berdarah seni iaitu pakcik
Alif yang juga pemain keyboardsuntuk sebuah kumpulan.
Alif selalu ikut pakcik nyanyi di Carrefour. Selain itu, ayah
Alif (Mohd Razali Omar, 50) juga selalu mengadakan persembahan di Penang.
"Kalau nak tahu,
Alif pun pandai main alat muzik seperti dram, gitar dan keyboards. Tapi
Alif tak tahu baca note muzik. Paling kelakar, semasa
Alif masuk kelas dram dulu (tingkatan 2), ada kisah lucu di mana cikgu muzik
Alif ajar
Alif macam main-main. Yalah, dia suka tidor.
"
Alif rasa tak berbaloi dengan caj RM80 sebulan. Sudahlah tu, kelasnya hanya 30 minit saja dan seminggu sekali.
Alif pandai main dram pun atas tunjuk ajar kawan.
"Sejak kecil lagi,
Alif sudah kenal dengan Najib Hanif (bekas finalis Bintang RTM) yang terkenal dengan jolokan nama Tom Jones Malaysia. Dia tu kawan ayah
Alif. Dulu, kumpulan
Alif iaitu D'Jirans pernah iringi persembahan Datuk Ahmad Nawab. Semoga ahli D'Jirans boleh dikategorikan orang veteran.
Alif saja anggota paling muda," jelas
Alif.
Nak sambung belajar di LimKokWing
Alif berkata, bukan glamor yang dicarinya dalam AF6 tetapi pelajaran. Dari dulu lagi,
Alif memang minat untuk belajar secara terperinci tentang seni muzik.
"Oh ya,
Alif pernah minta untuk sambung belajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) tapi tidak berjaya.
Selain ASK,
Alif juga ada apply belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik dan tidak bernasib baik juga.
"Sekarang ini, kalau
Alif diberi pilihan,
Alif akan cuba lagi menghantar permohonan sambung belajar secara serius di UiTM atau pun LimKokWing. Harap-harap ada rezekilah.
"Kalau tak pun,
Alif nak masuk kelas vokal. Nak polish suara dan tingkatkan prestasi," ujar
Alif yang pernah mewakili sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Bukit Mertajam dalam sukan ragbi. Tidak hairanlah dia mempunyai dada yang bidang dan tegap.
Nak cari calon isteri macam Diana Danielle! "
Alif memang sudah agak pertayaan tentang hubungan
Alif dengan Nadia. Apa yang pasti,
Alif anggap Nadia macam adik dan tak lebih dari itu. Lagi pun, gurauan kami agak kasar.
Alif pun suka bergurau dengan Stacy.
"Tasha pula hanya teman saja. Sepupu Tasha adalah gitaris kumpulan
Alif. Reaksi dalam gambar tu pula sekadar aksi spontan kami.
Alif baru saja mengenalinya.
"Terus-terang
Alif katakan,
Alif memang ramai kawan perempuan. Tapi,
Alif masih belum ada lagi teman istimewa.
"Insya-Allah
Alif mahukan calon isteri yang faham kerja
Alif dan sedap mata memandang. Kalau contoh di kalangan artis,
Alif lebih gemar wanita berwajah seperti Diana Danielle.
"
Alif memang suka mereka yang ada darah campuran (Pan-Asia). Pun begitu,
Alif masih mahu yang ada ciri-ciri kemelayuan. Senang cerita macam Dianalah, hahahaha," kata
Alif yang turut meminati program Aksi Murai.